You are here:
.Keterangan Logo.

Keterangan Logo

Bulat kecil warna merah - 9 buah daerah di negeri Selangor Warna Merah Kuning - Bendera Selangor. Bila digabungkan menjadi huruf jawi 'pa' iaitu Penjawis Warna Hijau pada tulisan PENJAWIS - Warna Islam. Tulisan Jawi diserap dari tulisan Arab. Tulisan Akronim...

Read More..

.Latarbelakang.

Latarbelakang

  Latar belakang: Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Selangor (PENJAWIS) telah ditubuhkan pada 28 Zulhijjah 1426 / 28 Januari 2006 atas kesedaran untuk memartabatkan tulisan Jawi. PENJAWIS berusaha seupaya yang mungkin menyemarak dan memasyarakatkan tulisan jati diri Melayu...

Read More..

.Carta Organisasi PENJAWIS.

Carta Organisasi PENJAWIS

CARTA ORGANISASI PERSATUAN PENCINTA TULISAN JAWI SELANGOR   PENASIHAT (I) YANG AMAT DIHORMATI DATO' SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD ISA Pengerusi MAIS  PENASIHAT (II) Y.B. DATO’ DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP HAL EHWAL AGAMA ISLAM, JAWATANKUASA ADAT MELAYU, PEMBANGUNAN DESA DAN...

Read More..

Selamat Datang Ke PENJAWIS

Kursus Jawi Sekolah Menengah Puncak Alam

altPENJAWIS telah mengadakan sebuah kursus Jawi untuk pelajar sekolah menengah bagi tujuan memasyarakatkan tulisan jawi. Bertempat di Sekolah Menengah Puncak Alam dan dikendalikan oleh Prof Madya Hjh Che Siah bin Che Man bersama ahli jawatankuasa PENJAWIS, ahli PIBG, dan seramai 40 orang pelajar dari UPSI.

Menyuarat Agung PENJAWIS

Pada 26 Januari 2014, Pramesyuarat Agung PENJAWIS telah diadakan untuk kali yang pertama tahun 2014. Seterusnya, mesyuarat Agung PENJAWIS yang kedua pada 23 Februari 2014. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa berikutnya pada 30 Mac 2014 dan 27 April 2014.

Prorgram Kursus IT Jawi

Pada Hari Ahad, 12 Januari 2014 – di Yayasan Restu dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. PENJAWIS telah mengadakan program kursus IT Jawi yang dibimbing Prof Madya Dr Janudin. Para peserta diperkenalkan dengan perisian jawi yang terkini.

Kursus Ahli PENJAWIS

Pada 5, 12, 19 dan 26 Januari 2014, pihak Penjawis telah mengadakan sebuah kursus untuk ahli PENJAWIS. Ini bagi mencapai tujuan memasyaratkan tulisan Jawi. Kursus ini telah dikendalikan oleh Prof Madya Hjh Che Siah bt Che Man. Bertempat di Pejabat PENJAWIS dan diadakan secara mingguan setiap hari Ahad jam 2.00 hingga 4.00 petang.

Mesyuarat Agung PENJAWIS 2013

bengkeljawi bengkeljawi Mesyuarat Agung Tahunan PENJAWIS kali ketujuh telah berjaya diadakan pada 24 Februari 2013 di Yayasan Restu, Shah Alam. Selamat datang kepada ahli-ahli baru Penjawis dan ahli veteran.
Back to top

Copyright © Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Selangor 2017