You are here:

Latarbelakang

 

Latar belakang:


Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Selangor (PENJAWIS) telah ditubuhkan pada 28 Zulhijjah 1426 / 28 Januari 2006 atas kesedaran untuk memartabatkan tulisan Jawi. PENJAWIS berusaha seupaya yang mungkin menyemarak dan memasyarakatkan tulisan jati diri Melayu Islam ini seiring dengan konsep Islam Hadhari dan model insan seperti yang dihasratkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Objektif penubuhan:


>> Memartabatkan tulisan Jawi sebagai tulisan yang sama status dan fungsinya dengan tulisan Rumi dalam Bahasa Malaysia/Melayu.
>> Mengembang dan menyemarakkan penggunaan tulisan Jawi dalam segala urusan.
>> Membantu masyarakat memanfaatkan kemahiran tulisan Jawi dalam memperoleh dan mengembangkan ilmu.
>> Menanamkan rasa cinta kasih dan sayang kepada tulisan Jawi di kalangan masyarakat di Selangor.
>> Menjadikan negeri Selangor peneraju semarak Jawi di peringkat nasional dan global.

Alamat Berdaftar:

No. 2, Lorong az-Zaharah 10/1, Fasa 2B1, Shah Alam 2, 43200 Bandar Baru Puncak Alam, Selangor

Print PDF

Back to top

Copyright © Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Selangor 2017