You are here:

Program & Aktiviti

Sebuah program yang dikendalikan oleh Akademi Jawi Yayasan Restu & Kolej Restu bersempena Malaysia Islamic Arts Tourism Souq (MIATS) akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 20 September 2014/25 Zulkaedah 1435

Hari: Sabtu

Masa: 9.00am - 4.30pm

Tempat: Ruang Legar Restu Cafe, Yayasan Restu (KOTASIS)

Semua dijemput hadir untuk menyertai program di atas.

 20140831 104152

1.       Kesinambungan Kursus Jawi di Sekolah Menengah Puncak Alam, pihak PENJAWIS telah mengadakan program anak angkat bagi memantau penggunaan Jawi. Kerjasama dilaksanakan antara pihak PIBG, PENJAWIS dan Sekolah Menengan Puncak Alam, Shah Alam.

PENJAWIS telah mengadakan sebuah kursus pedagogi jawi guru-guru Pendidikan Islam dan dikendalikan oleh Cik Siti Nurjanah Abd Hamid.

1.       Daurah Wacana Pustaka Pujangga telah dilaksanakan pada 13, 14, 15 Jun 2014 oleh pihak PENJAWIS.

 Projek E-Book telah dilaksanakan pihak PENJAWIS dengan mendigitalkan 6 buah buku cerita. Setiap buku tersebut ditulis dalam tiga bahasa iaitu bahasa melayu (dengan menggunakan tulisan jawi, bahasa inggeris dengan menggunakan tulisan rumi dan bahasa arab dengan menggunakan tulisan arab.

Back to top

Copyright © Persatuan Pencinta Tulisan Jawi Selangor 2017